Tegurlah aku..
Sembanglah dengan aku...
Aku tunggu je..
Tapi takda..
Aku takut menganggu..
Kali terakhir aku msj kau.. Masa kau demam.. Tapi kau dingin dgn aku.. Kau macam xsuka aku tanya keadaan kau.. Aku terasa hati..
Aku risau.. Walaupun demam biasa.. Tp aku tetap risau..
10 hari kau diam.. Aku takut nak tegur kau.. Aku takut aku ganggu hidup kau.. Padahal aku teringin nak tny kabar.. Aku nampak kau online whatsapp, fb.. Dalam hati "tegurlah aku, aku rindu nk sembang"
Aku nampak kau update moment.. Dalam hati "tegurlah aku, aku rindu nak sembang"
Aku sunyi..
Xpernah rasa sunyi mcmni..
Mak ayah tak hirau... Balik kerja rumah kosong...
Hadap laptop.. Keluar makan sorg2.. Tengok handphone berharap ade msj dari kau.. Tapi xde.
Dalam hati "tegurlah aku, sembang dgn aku"
Pagi petang siang malam aku ingat kau.. Pergi mana2 aku belikan souvinir utk kau, tapi xdpt nak bagu.. Kau da makan ke? Sihat ke kau?
Nampak kau online..
Tapi aku takut nak tegur..
Dalam hati "kau xnk tegur aku ke?"
2 tahun dah.. Aku tetap kat sini..
Lepas ameen xde, mcm2 jadi..
Kau tempat aku meluah..
Cerita aku, sakit aku, life aku.. Semua kau tahu..
Aku cari kau dulu lepas sedar dari operation....
Aku cari kau dulu kt melaka lps abis kerja..
Tak mintak kau kasihan..
Tp aku nk teman.. Sbb aku sunyi..
Kadang2 tersentak dari tidur.. Mimpi pasal kau..
Ternampak2 kau tepi jalan..
Dalam hati "tegurlah aku,aq rindu nk sembang dgn kau"
Tapi aku mampu tengok dari jauh, doa dari jauh...
Aku xbole baca apa dlm fikiran kau, aku xbole tahu apa dlm hati kau.. Dan kat mana kedudukan aku kat hati kau..
Tapi aku nk kau tahu, kau adalah yg PERTAMA yg akan aku cari sbg teman...
Terasa hati tah berapa banyak kali.. Tapi aku xmampu nk tunjuk..
Aku diam dan tunggu kau..
Tapi xde..
Kau ada kawan yg sgt ramai yg buat kau ketawa
Tapi aku ada kau sorg yg paling dekat yg buat aku rasa selesa...
Aku sunyi...
Sgt sunyi..
Sakit aq sorg2, aku tahan sorg2.. Aku menitik airmata sorg2.. Terkenang hidup aku yg terkapai2 sendirian..
Dalam hati "knp kau masih tak nak tegur aku?"
Ameen xde, ery xde,.. Tak kan kau pon nk pergi?..
Kalau aku salah, maafkan aku..
Kalau aku buat kau xselesa, maafkan aku..
Aku cuma rindu.. Dan sentiasa harap kau tegur aku.. Harap kau dtg jumpa aq..
Harap kau igt aku..
Sikit pun xpe..
Sebab aku sunyi...
"Tegurlah aku F"
Intro
Thursday, October 8, 2015
Masih ingat?
Sunday, August 16, 2015
Saturday, August 8, 2015
Suratan atau kebetulan..
Pergi open house di senawang dan pedas linggi
Terus ke melaka sebab member ofis ajak pergi MITC
Nampak dia dari jauh di pameran pengantin MITC..
Xsampai 3 meter pon jarak..
Segak berbaju pengantin warna kuning..
Aku xsangka jumpa..
Sumpah aku xsangka..
Tp xdpt tegur..
Tak mampu pon nak tegur..
Terus ajak officemate balik..
Xdgr khabar hampir seminggu..
Chat pon tidak..
Jadi mcmne aku nak tegur?
Terpaksa delete gambar dari instagram.. Supaya dia tak tahu aku ade di MITC td..
Otw balik bangi, keluar pula lagu "menatap dalam mimpi" yang aku send kat dia..
Terus kabur pandangan.. Keluar airmata..
Xpe la.. Nampak dia happy.. Dah memadai.. Sbb aku sedar diri..
😞
I guess aku dah hilang semua.. And its time.. to let go..
Saturday, July 18, 2015
Mimpi tak berkesudahan
Semakin hari semakin kerap mimpi..
Mimpi sesuatu yang dah tiada..
Sesuatu yg xkn pernah aku dapat..
Ternampak2, bayangan...
Kat mana2 je..
Aku tak tahu bila aku bole move on..
Kenangan tu celaka..
Buat aku menitis air mata..
Mimpi sedih sama2, mimpi jalan2, mimpi pergi jogging sama2, mimpi tengok wyg sambil pgg tangan.. Wlupon sekejap, tapi terasa seperti realiti, hangat tapak tangan, jari jemari, aku rasa seperti realiti... Sedar2 je, pipi basah, mata berair.. Begitu lah untuk malam2 seterusnya..
Aku dah gila ke?
Atau kewarasan dah tiada?
Peluang dah tiada..
AKU rindu dia..
Yg tinggal hanya kata2 dusta dr org yg ingin melaga laga..
Kalaulah betul harta yg dimahukan, maaf aku tiada..
Kalaulah betul kesempurnaan yg diidamkan, maaf aku tiada..
Kalaulah rupa paras yg diukur, maaf aku tiada..
Tapi kalau kesetiaan dlm ssh dan sng yg kau cari, aku ADA.. Dan ku berikan dengan percuma..tanpa balasan, as long as kau bahagia..
Maafkan aku, kenangan tu celaka.. Dia buat aku sebegini rupa.. Kerna kenangan tu indah walaupun sudah bernoktah.. 😞
Selamat hari raya, kita jumpa dalam mimpi sahaja.. Itu yg ku mampu bersederhana. Dan Maaf kerana aku tidak sempurna..
Tuesday, July 14, 2015
Give Up
Aku ni dah cuba sedaya upaya..
Buat yang terbaik..
Jadi yg terbaik..
Tapi...
Sentiasa dilihat tidak cukup sempurna..
Sentiasa dilihat jahat, mengada2..
HARGAI sikit pon jadi lah..
Yang sebenarnya..
Aku tahu tapi aku buat2 xtahu..
Aku nampak tapi buat2 tak nampak..
Aku dengar, tapi buat2 xdengar..
Sebab, aku xnk besarkan isu..., aku cuba menerima, aku cuba sedaya upaya.. Sekuat yang mungkin.. Tapi..semua tu sia2 belaka.. Tidak ada yang baik... Ditolak ke tepi setiap masa, menunggu mcm nak gila..
Betul kata org, kalau dah tak suka, apa segala benda pon tetap tidak disukai...
Aku xsempurna.. Tapi aku hati perasaan.. Aku pun manusia juga.. Tolonglah faham.. Tolonglah.. 😢
Dari kecik lagi orang tak suka.. Aku dikelilingi org2 yang sgt hipokrit.. Aku dah lali.. Sejauh mana kau simpan dan sorok dan berpura2, aku masih bole tahu melalui riak muka dan mata...
Monday, June 1, 2015
Petanda?
Tak pernah aku bermimpi sampai mengalir air mata..
Mimpi seolah2 satu alamat yg cuba disampaikan..
Mimpi yang sangat menakutkan..
Hilang keluarga..
Muflis.. Duduk keseorangan di dlm hutan.. Makan ubi kayu... Kene patuk ular dan jatuh lemas dlm sungai dan arwah ameen datang capai tangan tarik ke tepi sungai.. Dan ramai kawan yang datang tengok, tp mereka hanya tersenyum dam gelak melihat keadaan aku yg sgt nazak
Dalam keadaan mimpi yg macamtu, terus tersedar, bantal dah basah dek kerana menangis ketika mimpi, badan menggigil...
Terus jerit "IBU"
Ibu dtg peluk aku sambil menenangkan diri aku yg sgt menggigil.. Itu lah mimpi terburuk pernah aku alami sebab tidur lepas asar..
Aku tahu, sesuatu buruk mungkin terjadi.. Tapi dlm hati mengatakan itu cuma mimpi.
Dalam keadaan yg macamni, xde kerja, xde life
... Aku hanya memikirkan tentang seseorang dan berharap dia ada dengan aku...
Syukur masih bole bangun dr mimpi mcmtu..
Ziq rindu.. Tah bila kita dpt jumpa lg... #F 😞😢
Sunday, May 31, 2015
Kalaulah
Kalau lah membunuh diri tu bukan satu dosa.. Dah lama aku bunuh diri...
Kalaulah bole minta utk mati cepat, da lama aku minta..
😞