Intro


Wednesday, February 15, 2012

KANAK-KANAK PALESTIN



Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa 
Suara dunia menzahirkan bantahan 
Tiada sedikitpun memberi kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian 
Tiada lagi istilah kemanusiaan 
Mereka punya hati 
Tak punya rasa 
Telinga telah tuli 
Mata telah pudar

Ada tangisan tak siapa mendengari 
Suara itu kian lama kian menyepi 
Terkulai anak dari pelukan ibu 
Darah masih panas  Tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung 
Bumi kemerahan langit makin mendung 
Mereka yang malang di bumi Anbia 
Azab sengsara kehilangan upaya



Wahai kawan2, jom kita sama sama sambil online facebook, sambil mendoakan saudara seislam kita di palestin..hati ni da tak sanggup lagi tengok kesengsaraan mereka. Kadang2 dok terbayang kalau aku ni ditempat dorg.. berlari2 untuk menyelamatkan diri, lihat keluarga terbunuh depan mata. Sejujurnya aku Alif haziq mengalirkan air mata semasa menulis notes ni., memang tak sampai hati..tapi kita disini bersenang lenang kejar urusan duniawi.. mereka disana bersusah payah mempertahankan tanah air mereka. 

SEDIH~ kita leka dengan BBM, TWITTER, FB, YM, SKYPE,, masa korang main counter strike, ade tak korang bayangkan keadaan tu??? headshot! saya sangat sedih menyaksikan gelagat student politeknik sultan idris shah semasa ceramah 'selamatkan palestin' apabila ditunjukkan video, ade yang ketawa, gelak, tidur dalam dewan, merungut (bilalah nk abis ceramah ni), kebodohan yang sangat terserlah, ade yang sedang ber BBM dengan awek dlm dewan tu. malah mencemuh, sedihnya tgok perangai student IPTA yang akalnya cetek ..tapi disana remaja yg sibuk mengangkat senjata, kanak2 yang sibuk megumpul batu untuk dilontar ke arah tentera yg laknatullah tu, ish..tak sanggup nak cakap..harini saya sedar, betapa sukarnya keadaan disana, dorang tak harapkan pon dibantu, tapi apa yang dorang harapkan just doa untuk mereka mempertahankan bumi palestin, dorang mengharapkan doa je..tapi klu setakat doa tak ikhlas tak pyh lah.. dorang akan tuntut diakhirat bilamana saudara seislam sendiri tidak mendoakan mereka semasa memprtahankan bumi palestin (ustaz yang kata).. apa kita nak jawab?? 




Mohon bace ini seikhlas-ikhlas hati sebagai doa

Ayat al Fath : إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦) لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا

Maksud: [26](Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “kalimah Taqwa” itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [27]Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam – insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) – dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya)

Yunus  - ayat 85,86 dan 88 :

ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَا رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٥) وَنَجِّنَا بِرَحۡمَتِكَ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٨٦) وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوۡمِكُمَا بِمِصۡرَ بُيُوتً۬ا وَٱجۡعَلُواْ بُيُوتَڪُمۡ قِبۡلَةً۬ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٨٧) وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُ ۥ زِينَةً۬ وَأَمۡوَٲلاً۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ‌ۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ (٨٨) قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُڪُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ

[85]Lalu mereka berkata: “Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. [86]” Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir”. [88]Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.







Tak salah kalau kita sekadar aminkan.. cube lah kita muhasabah diri..saya sudah pon selesai bermuhasabah..anda?? tanya diri sendiri

No comments:

Post a Comment