Kesempatan di dalam kesenangan?
Kita tidak tahu.. Ya kita tidak akan pernah tahu..
Pernah tak kita memberi, atau hanya kita sekadar menerima?
Pernah tak kita terfikir disebalik kesenangan orang, ade beribu kesusahan?
Pernah tak kita terfikir, berkat ke apa yg kita dapat sekarang dan berkat ke apa yang kita makan?
Manusia selalu mementingkan diri untuk kepuasan masing2 tanpa memikirkan isi hati orang lain.. Itulah lumrah.. Mungkin tidak semua, tapi itulah hakikatnya..
Ada manusia gemarkan kemewahan..
Ada manusia suka mengambil kesempatan..
Ada manusia berhati batu..
Ada manusia yang suka berbohong..
Ada manusia yang berhati gelap..
Untuk apa? Semua itu untuk kepuasan diri..
Ingatlah, tuhan sentiasa memandang, dan mendengar rintihan hambanya, mungkin kita dapat apa yang kita nak dengan menganiayai orang lain.. Sebab kita tak tahu redha orang yang dianiayai dia tersenyum lebar melayan kehendak dan cara kita walaupon dia perit dihati.. Kita tidak tahu...
Muhasabah diri kita, mengapa doa kita tidak pernah dimakbulkan dan mengapa tuhan tidak mengurniakan nikmat kepada kita, dan mengapa kita rasa tidak cukup serba serbi..? Kerana kita mungkin menganiayai tanpa kita sedar, walaupon ianya hanya sekadar berbentuk kemahuan, harta dan wang ringgit yang kecil.. Ingatlah sahabat, tuhan memerhati.. Jangan gelapkan hati dengan hasad dengki dan nafsu syaitan..
Intro
Wednesday, March 18, 2015
Nafsu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment