Intro


Thursday, October 8, 2015

Masih ingat?

Tegurlah aku..
Sembanglah dengan aku...
Aku tunggu je..
Tapi takda..
Aku takut menganggu..
Kali terakhir aku msj kau.. Masa kau demam.. Tapi kau dingin dgn aku.. Kau macam xsuka aku tanya keadaan kau.. Aku terasa hati..
Aku risau.. Walaupun demam biasa.. Tp aku tetap risau..
10 hari kau diam.. Aku takut nak tegur kau.. Aku takut aku ganggu hidup kau.. Padahal aku teringin nak tny kabar.. Aku nampak kau online whatsapp, fb.. Dalam hati "tegurlah aku, aku rindu nk sembang"
Aku nampak kau update moment.. Dalam hati "tegurlah aku, aku rindu nak sembang"
Aku sunyi..
Xpernah rasa sunyi mcmni..
Mak ayah tak hirau... Balik kerja rumah kosong...
Hadap laptop.. Keluar makan sorg2.. Tengok handphone berharap ade msj dari kau.. Tapi xde.
Dalam hati "tegurlah aku, sembang dgn aku"
Pagi petang siang malam aku ingat kau.. Pergi mana2 aku belikan souvinir utk kau, tapi xdpt nak bagu.. Kau da makan ke? Sihat ke kau?
Nampak kau online..
Tapi aku takut nak tegur..
Dalam hati "kau xnk tegur aku ke?"
2 tahun dah.. Aku tetap kat sini..
Lepas ameen xde, mcm2 jadi..
Kau tempat aku meluah..
Cerita aku, sakit aku, life aku.. Semua kau tahu..
Aku cari kau dulu lepas sedar dari operation....
Aku cari kau dulu kt melaka lps abis kerja..
Tak mintak kau kasihan..
Tp aku nk teman.. Sbb aku sunyi..
Kadang2 tersentak dari tidur.. Mimpi pasal kau..
Ternampak2 kau tepi jalan..
Dalam hati "tegurlah aku,aq rindu nk sembang dgn kau"
Tapi aku mampu tengok dari jauh, doa dari jauh...
Aku xbole baca apa dlm fikiran kau, aku xbole tahu apa dlm hati kau.. Dan kat mana kedudukan aku kat hati kau..
Tapi aku nk kau tahu, kau adalah yg PERTAMA yg akan aku cari sbg teman...
Terasa hati tah berapa banyak kali.. Tapi aku xmampu nk tunjuk..
Aku diam dan tunggu kau..
Tapi xde..
Kau ada kawan yg sgt ramai yg buat kau ketawa
Tapi aku ada kau sorg yg paling dekat yg buat aku rasa selesa...
Aku sunyi...
Sgt sunyi..
Sakit aq sorg2, aku tahan sorg2.. Aku menitik airmata sorg2.. Terkenang hidup aku yg terkapai2 sendirian..
Dalam hati "knp kau masih tak nak tegur aku?"
Ameen xde, ery xde,..  Tak kan kau pon nk pergi?..
Kalau aku salah, maafkan aku..
Kalau aku buat kau xselesa, maafkan aku..
Aku cuma rindu.. Dan sentiasa harap kau tegur aku.. Harap kau dtg jumpa aq..
Harap kau igt aku..
Sikit pun xpe..
Sebab aku sunyi...
"Tegurlah aku F"

Sunday, August 16, 2015

Kau paling banyak buat aku sedih...
Kau paling banyak buat aku makan hati..
Kau paling banyak buat hati aku sakit...
Tapi..
Aku masih sabar kat sini..

Saturday, August 8, 2015

Suratan atau kebetulan..

Pergi open house di senawang dan pedas linggi
Terus ke melaka sebab member ofis ajak pergi MITC
Nampak dia dari jauh di pameran pengantin MITC..
Xsampai 3 meter pon jarak..
Segak berbaju pengantin warna kuning..
Aku xsangka jumpa..
Sumpah aku xsangka..
Tp xdpt tegur..
Tak mampu pon nak tegur..
Terus ajak officemate balik..

Xdgr khabar hampir seminggu..
Chat pon tidak..
Jadi mcmne aku nak tegur?
Terpaksa delete gambar dari instagram.. Supaya dia tak tahu aku ade di MITC td..
Otw balik bangi, keluar pula lagu "menatap dalam mimpi" yang aku send kat dia..
Terus kabur pandangan.. Keluar airmata..

Xpe la.. Nampak dia happy.. Dah memadai.. Sbb aku sedar diri.. 
😞

I guess aku dah hilang semua.. And its time.. to let go..

Saturday, July 18, 2015

Mimpi tak berkesudahan

Semakin hari semakin kerap mimpi..
Mimpi sesuatu yang dah tiada..
Sesuatu yg xkn pernah aku dapat..
Ternampak2, bayangan...
Kat mana2 je..
Aku tak tahu bila aku bole move on..
Kenangan tu celaka..
Buat aku menitis air mata..
Mimpi sedih sama2, mimpi jalan2, mimpi pergi jogging sama2, mimpi tengok wyg sambil pgg tangan.. Wlupon sekejap, tapi terasa seperti realiti, hangat tapak tangan, jari jemari, aku rasa seperti realiti...  Sedar2 je, pipi basah, mata berair.. Begitu lah untuk malam2 seterusnya..
Aku dah gila ke?
Atau kewarasan dah tiada?
Peluang dah tiada..
AKU rindu dia..
Yg tinggal hanya kata2 dusta dr org yg ingin melaga laga..
Kalaulah betul harta yg dimahukan, maaf aku tiada..
Kalaulah betul kesempurnaan yg diidamkan, maaf aku tiada..
Kalaulah rupa paras yg diukur, maaf aku tiada..

Tapi kalau kesetiaan dlm ssh dan sng yg kau cari, aku ADA.. Dan ku berikan dengan percuma..tanpa balasan, as long as kau bahagia..
Maafkan aku, kenangan tu celaka.. Dia buat aku sebegini rupa.. Kerna kenangan tu indah walaupun sudah bernoktah.. 😞
Selamat hari raya, kita jumpa dalam mimpi sahaja.. Itu yg ku mampu bersederhana. Dan Maaf kerana aku tidak sempurna..

Tuesday, July 14, 2015

Give Up

Aku ni dah cuba sedaya upaya..
Buat yang terbaik..
Jadi yg terbaik..
Tapi...
Sentiasa dilihat tidak cukup sempurna..
Sentiasa dilihat jahat, mengada2..
HARGAI sikit pon jadi lah..
Yang sebenarnya..
Aku tahu tapi aku buat2 xtahu..
Aku nampak tapi buat2 tak nampak..
Aku dengar, tapi buat2 xdengar..
Sebab, aku xnk besarkan isu..., aku cuba menerima, aku cuba sedaya upaya.. Sekuat yang mungkin..  Tapi..semua tu sia2 belaka.. Tidak ada yang baik... Ditolak ke tepi setiap masa, menunggu mcm nak gila..
Betul kata org, kalau dah tak suka, apa segala benda pon tetap tidak disukai...
Aku xsempurna.. Tapi aku hati perasaan.. Aku pun manusia juga.. Tolonglah faham.. Tolonglah.. 😢
Dari kecik lagi orang tak suka.. Aku dikelilingi org2 yang sgt hipokrit.. Aku dah lali.. Sejauh mana kau simpan dan sorok dan berpura2, aku masih bole tahu melalui riak muka dan mata...

Monday, June 1, 2015

Petanda?

Tak pernah aku bermimpi sampai mengalir air mata..
Mimpi seolah2 satu alamat yg cuba disampaikan..
Mimpi yang sangat menakutkan..
Hilang keluarga..
Muflis.. Duduk keseorangan di dlm hutan.. Makan ubi kayu... Kene patuk ular dan jatuh lemas dlm sungai dan arwah ameen datang capai tangan tarik ke tepi sungai.. Dan ramai kawan yang datang tengok, tp mereka hanya tersenyum dam gelak melihat keadaan aku yg sgt nazak

Dalam keadaan mimpi yg macamtu, terus tersedar, bantal dah basah dek kerana menangis ketika mimpi, badan menggigil...
Terus jerit "IBU"
Ibu dtg peluk aku sambil menenangkan diri aku yg sgt menggigil.. Itu lah mimpi terburuk pernah aku alami sebab tidur lepas asar..
Aku tahu, sesuatu buruk mungkin terjadi.. Tapi dlm hati mengatakan itu cuma mimpi.
Dalam keadaan yg macamni, xde kerja, xde life
... Aku hanya memikirkan tentang seseorang dan berharap dia ada dengan aku...
Syukur masih bole bangun dr mimpi mcmtu..

Ziq rindu.. Tah bila kita dpt jumpa lg... #F 😞😢

Sunday, May 31, 2015

Kalaulah

Kalau lah membunuh diri tu bukan satu dosa.. Dah lama aku bunuh diri...
Kalaulah bole minta utk mati cepat, da lama aku minta..
😞

Saturday, May 23, 2015

Pernah x?

Setelah lama kau lupa diri selepas tipu aku, kau datang menyapa aku malam ni hanya meminta maaf dan bertanyakan khabar aku?
Maafkan? Ya..aku mungkin memaafkan..tp bukan senang untuk aku lupakan...
Khabar aku?
Ok atau x?
Here it is.. Kau pernah kene khianat ke sebelom? Pernah rasa dikhianati kawan sendiri? Pernah rasa kene tipu? Pernah rasa hilang orang yang paling rapat dengan kau? Pernah mengalah dengan semua keadaan? Pernah rasa amik kesalahan orang letak atas bahu srndiri semata nak jaga hati? Pernah rasa operation 2 x? Pernah rasa makan ubat yg bertimbun banyak? Pernah rasa dikecewakan?
Pernah rasa kene hina? Pernah rasa tidak diperdulikan org yg kau syg? Pernah rasa mengigau malam sebut nama orang yang dah takda?
Kau pernah rasa? Pernah ke rasa semua tu? Pernah rasa bila dapat tahu diri kau dah cacat?

Jadi kalau kau nk tanya khabar dan keadaan aku, kau dah boleh teka jawapan tu sendiri.. Kau berdiri kat tempar aku, biar kau rasa..
Aku dah lama maafkan kau.. Aku anggap tu bukan rezeki..
Take care azuan!

Wednesday, May 20, 2015

Hari2

Hari2..
Aku tunggu text dari dia..
Yet still tiada..
Setiap jam tengok whatsapp, wechat..
Yet still tiada..
Tapi, aku setia tunggu lagi...sampai ada..
Sampai bila?
Hmm entah la, sampai mati kot..
Or jadi gila..

Tuesday, May 19, 2015

Sedar

Aku tengok bukit, aku rasa nak pergi hiking lagi, tapi aku sedar, aku takda kudrat lagi..

Aku tengok raket dan shuttle yg lama terbiar bersangkut, tp aku sedar aku tak bole bersukan lagi..

Aku tengok melaka, tapi aku sedar aku tak bole drive kereta jauh2..

Aku tengok masa depan, tapi masa depan gelap sgt, aku sedar aku hilang satu benda yang berharga iaitu nikmat berzuriat..

Aku tengok muka arwah, ingin aku sentuh.. Tapi tak bole rasa, aku sedar dia dah takda..

Aku tengok dia,  dari jauh.. Gambar dan segalanya jd teman, tapi aku sedar aku bukan siapa2... Xde harta, xde rupa.

Aku tengok cermin, aku sedar diri aku siapa.. Insan malang yang tidak akan pernah melihat bahagia sampai ke tua..

Tetapi..
Aku ada perasaan..
Terima kasih semua.. 😢

Thursday, May 14, 2015

TERIMA KASIH

Kepada Afiq, terima kasih sebab khianat persahabatan kita dgn tikam aku dari belakang..

Kepada Ery, terima kasih sebab burukkan nama aku dan pisahkan aku dgn typo.

Kepada Haikal (Tak kenal) Terima kasih sebab stalk aku dalam diam walaupon tak kenal..

Kepada Si fake profile, terima kasih sebab cuba busukkan nama dia..

Kepada siapa yang mengenali aku dan typo, terima kasih banyak2 sebab anda sudah berjaya jatuhkan aku.. Terima kasih tak terhingga... 
THANKS atas kejayaan anda <3

Friday, May 8, 2015

Terkejut

Bertanya kabar kenalan lama..
Hanya dapat reply dengan beberapa perenggan ayat dari hamba Allah tu..

"Padan muka atas semuanya, kau buat org, org buat kau"

"U deserved it, buat org jd bahan kau, now its ur turn"

"Dalam skala budi bahasa 1-9, kau Takde dlm skala tu, lesson learned"

"takda maaf bg kau, aku benci kau, langsung tak appreciate org dtg jauh2 dulu, jual mahal"

"Jangan contact aku lagi"

JAHAT sangat ke aq? Sampai kau cakap aku takda budi bahasa?.. Kau tak tahu cerita sebenar kenapa aku senyap selama 2tahun.. Kau tak tahu ape aku dah lalui dlm masa tu.. terus kau kata aku macam2, tapi takpa lah, xguna nak melawan.. Diam dan iyekan aje

Aku wechat ameen, tapi ameen tak reply.. Jenuh aku taip.. Aku terlupa ameen dah takda..
Aku mungkin dah tak waras..ameen tak bole bawak fon masok kubur..

Aku jalan dah tak laju, kaki kiri aku lemah, sakit dlm tempat operate masih terasa, kadang2 sampai demam.. Badan panas da seminggu, muntah ape tah lagi..

Ish dah gila kau ziq!
Ingat nama kau ALIF HAZIQ BIN ABDUL RAHIM...kot satu hari nanti kau gila.. Itulah nama kau..

Try to reach F, IMY.. 😢

Sunday, May 3, 2015

MAAF

Bukan senang untuk aku cakap..
Maafkan sebab diamkan diri...
Terpaksa...
Maaf kalau terasa.. Mmg takda niat..
Tidak satu saat pun aku tak ingat.. Setiap jam setiap minit aku ingat kau..
Bukan senang untuk aku...
Sikit2 tertoreh hati ni..
Semakin hari semakin tiada baiknya..
Sakit aku..
Tapi kau..
Aku tak boleh baca fikiran dan hati kau..
Tapi aku boleh tahu melalui perlakuan dan cara kau bertutur..
Itu lah benda yang harus aku terima saat aku mula berkenalan insan yang bernama F pada tarikh 17 Nov...
Kalau aku tahu, aku tak approve invitation wechat dulu, aku takkan murah hati say 'Hai' kat kau...
Tapi itu yg aku buat sbb kau mengingatkan aku pada arwah..
Banyak bnd jadi, sampai aku sendiri xdpt tanggung.. Nangis setiap malam memikirkan semuanya...
Tapi aku takkan pernah menyesal kenal kau, sbb kau lah aku rendahkan ego dan belajar menerima kembali dan lembutkan hati aku yg sangat keras, jadi tidak sekali aku menyesal..
This is the price that I have to pay, hidup dalam keadaan camni sampai terpisah jasad dan nyawa..

Dear Ameen.
Ziq rindu min, moga min tenang kat sana..
Tak lama lagi kita jumpa kat sana ye.. Sikit je masa lagi.. Tggu ziq ye min.
InshaAllah..

Friday, May 1, 2015

Gore

Semua cari aku..

Aku da xde ape...

Ameen

Ziq nk ikut min... Duduk sana ngn min.. Boleh?

Tunggu ziq k..

Wednesday, April 22, 2015

Buat Awak


Kalau dia peduli, dia akan cari..
Kalau dia tak peduli, dia tak akan cari..
Dan itu bermaksud, mungkin dia suka aku jauhkan diri dari dia..

Mungkin betul kata "orang asing" tu...

Setahun lebih lagi masa aku ada.. Sebelum pergi tuntut ilmu kat negara org.. Dan tinggalkan semuanya selama 6 tahun... Memori tu, macam tergantung..

Awak
Letih saya telan sume bnd buruk orang cakap..

Awak
Bagilah peluang kat sy betulkan semuanya..
Bagilah peluang untuk sy kenal dan masuk dalam hati awak sekali lagi.. Sy xminta lebih..

Sy janji xkan ulang lagi..
Sy janji akan jaga hati dan perasaan awk baik2.. Bagilah peluang tu sekali lagi... Wlupun untuk setahun ni je.. Kita berubah sama2, kita saling support antara satu sama lain.. Sbb saya dah hilang sorg..saya ada awak je yg persis macam arwah 😞

Aku minta banyak mana pun, die bukan boleh baca blog ni, die takkan pernah tahu.. Dan aku takda kekuatan nak bagitahu.. Pendam sorg2, tengok die bahagia... Dan akhirnya, aku gila sorang2, padam emosi, keraskan hati..
Tak mustahil...

Moga awak lembutkan hati, bagi peluang kat saya utk jadi yg terbaik buat awak.. Walaupun sekejap.. Walaupun untuk setahun ni..

Saya ikhlas.. Saya ikhlas awak.. 😞

Monday, April 13, 2015

Satu hari

Satu hari nanti...
Aku tahu semua ni akan berakhir...
Dan aku tahu endingnya bagaimana..

Saat tu, aku tak tahu berapa banyak berkecai hati ni..
Berapa serpihan yang berterabur..
Semua memori akan bercelaru..
Tak dapat pandang focus..
Satu momen indah, walaupun hanya bersaat..

Doa yang tinggal..
Iringi segala jejak dan perjalanan..
Kerna satu hari... Hati akan berubah..
Tidak merasa sama, seperti yg pernah dirasakan..

Sunday, April 12, 2015

Dugaan

Saat aku terluka..
Saat hidupku hampa...
Semua telah terjadi, disini...

Guruh bunyi.. First time tido surau kat plaza tol ni.. Nasib ade jugak org keje shift malam, takdalah seram.. Boleh pulak hotel penuh, mmg dugaan.. Bos kejam! Takpa, abis kontrak setahun lagi, aku blah dari company ni

Nasib oh nasib..
Bila sorang2 kt sini, area melaka..tempat dia..
Mmg ter'flash' back muka dia.. Ingat kat dia
Melaka tempat dia.. Kampung dia..
Hmm..

Terpaksa sorang2, aku tahu, kat sini pon mesti ada mata2 memerhati.. Nanti kang ada je text masuk bgtau lokasi aku.. Stalker tak siuman dimana-mana shj.. Tggu masa je nak ambil tindakan.. Bg aku sepandai2 tupai melompat, jatuh gak ke tanah juga..

Tak nak susahkan dia, plus dia pun mesti penat all da way dr KL.. Aku rindu sbnrnya, aku takut aku xdpt jumpa dia lagi.. Dengan keadaan sekarang, kalau dia tahu hal yg sebenar pasal stalker tak siuman tu, aku takut dia tak nak pandang muka aku..  semua cerita aku taj bgtau.. Tapi satu hari nanti, aku tetap bgtau.. Sbb aku mmg xpernah sorok apa2 dari dia..

Kadang2, diam lebih baik dari berkata2, diam tak semestinya lemah, tapi kita rancang dengan bijak dan teliti.. Aku jarakkan sikit, nak cakap selamat malam pun takut..

Moga rindu aku sampai, moga dia rasa, moga doa aku sampai untuk dia, moga die dilindungi selalu.. Takpa lah aku yg sakit hati, jgn dia...

Awak, saya betul2 rindu.. Rindu nk dgr dia bacakan doa tidur... Cpt masa berlalu.. Sedang menaip2 blog, keluar gak airmata ni lahai... 😞
Selamat malam, mimpi indah.. 😢😢

Saturday, April 11, 2015

Takdir

Tak sangka..
Jalan cerita bertemu tanpa disangka..
Dari jauh macam ku kenal... Tinggi lampai.. Rambut.. Baju...
Terus aku sapa...
Dan F menoleh..
Teruja jap...
Tapi.. Mata pandang keliling.. Jika ada yg mengekori dan memerhati... Niat jahat orang.. Kita tak tahu..
Sejuk jap hati tengok dia..
Sempat berbual walaupun kejap..
Tiap kali jumpa, mesti berdebar tak sudah..
Ku cuba jauhkan diri sekejap, tanpa chatting.. untuk meredakan keadaan yang genting..
Akhirnye bertemu di shopping mall..
Senyum lebar jap..
Haish.. Rindu..
Rindu... F... Take care...
Im protecting you... 😞

Terpaksa

Hidup ni.. Banyak orang tak suka..
Tak suka sesuatu janganlah sampai berdendam...
Jgn lah sampai benci...
Kita manusia selalu buat salah..
Persoalannya, betul ke aku ambil hak org? 
Adakah kau mengenali typo lebih lama dari aku?
Aku kenal da masuk 2 tahun..
Kenapa benci sampai nak jatuhkan dia?
Dan kenapa nak ugut aku?
Kenapa perhatikan gerak langkah aku?
Atau aku ni penyebab mata kau sakit sampai sanggup nak menyakiti fizikal aku jika aku masih teruskan?
Kau tak takut undang2?
Siapa kau?
Berdepanlah dengan aku, jgn ckp belakang..
Kita selesaikan cara baik..  😞

Friday, April 10, 2015

F

Awak...
Saya harap saya dihargai..
Atas apa yang saya buat....

Awak.. Call lah saya..
Mesej la saya..
Sbb saya rindu awak, walaupun awak tak rindu saya...

Awak.. Saya bersyukur ada awak, walaupun awak terpaksa terima saya..

Awak..jangan risau..
Saya tak lama dah..

Awak, simpan lah memori kita..
Sebab permulaannya sangat manis..

Awak.. Saya lepaskan awak.. Walaupun saya terpaksa demi menjaga maruah awak dr fitnah orang...

Awak.. Ingatla saya sampai bila2, saat awak senang nanti, jgn pernah lupa saya...

Awak.. Jagalah pemberian saya..

Awak, jaga diri...

Awak.. Saya sayang awak... Dan ikhlas...

Awak... Maafkan saya

Thursday, April 9, 2015

Pergi Juga


Alhamdullilah dia dah jumpa dirinya balik..
Bahagia buat dirinya..
Allah makbulkan doa aku..

Aku?
Tidak mengapa..
Takdir aku dah macamni..
Hilang? Ye.. Aku akan hilang buat selamanya..tahan luka yg ada dalam diri..
There's nothing left..
Tapi aku syukur, aku bole lihat dirinya bahagia..

Awak jaga diri ye, moga malam awak sentiasa diterangi... Siang awak diberkati...
Hari2 awak sentiasa ceria..

Takpa, usah peduli saya lagi.. Walaupun sakit, tapi senang.. Sekurang2 nya salah seorang dari kita bahagia...

Doakan saya, kesejahteraan saya.. Agar semuanya baik2 belaka.. Jangan tanya mana saya pergi.. Sbb saya takkan ada.. Ingat nama saya, kenangan kita dan.............

Sunday, April 5, 2015

DUGAAN

Minggu ni, banyak kejutan..
Life is full of surprises!
Ape nak jadi?
First of all, aku tak paham, kawan sendiri merahsiakan pertunangan dari aku? Like seriously?
Yep, sentap, kawan sendiri.. Yg aku expect one day bole attend dihari istimewa dia, but why nak rahsia? Aku ni bukan kawan kau? Aku ni jahat ke?

Secondly, why la, babi sangat org2 yang tak abis2 nak jatuhkan typo, nak buat aku benci? Apehal lah mcm jahanam sgt perangai camtu, siapa korang sebenarnya? Why dont u just show yourself instead of guna fake profile? Da lama sgt korg kenal si typo tu sampai ckp camtu? Hati aku ni, dah meluap2 panas.. Mulut aku ni gatal nak sembur.. Kenapa? Kenapa nak sgt rosakkan semuanya? Siapa korg!

Aku tertekan, aku tak tahu nk buat apa, aku tak boleh berkata2, aku risau.. Dan aku sanggup protect diri dia... Aku xnk benda sama jadi mcm dekat arwah ameen dulu jadi mangsa dendam orang busuk hati....

Sedih lah..
Sumpah aku tertekan..
Kepala sakit telan fitnah orang..
Dengan keadaan aku skrg ni..
Cacat..
Hmmm
Moga dia baik2 je.. Moga sentiasa dilindungi...
Saya rindu awak "F"
... I really do.. 😞

Friday, April 3, 2015

CUKUP

Haish, tak tahan
Tak tahan dah dgn semuanya...
Sampai bila aku nak sabar..
Tak cukup siang, malam pon dicuba..
Alasan apa yang membuatkan mereka suka memburukkan typo aku tu..
Apa yang aku dah buat sampai mereka sanggup burukkan dia camtu.
Wahai hamba Allah,
Tunjukkan lah wajahmu...
Berdepan dengan aku, bercakap berdasarkan fakta...
Hmm.. Apa pun yang jadi, ape pon tohmahan yang dilontar, aku tetap dengan pendirian agar tidak membenci...
Dia dah buat aku happy,  perkenalan pun atas dasar ketidaksengajaan terjumpa...
Sedihnya...
Hentikanlah

Wednesday, April 1, 2015

Hasad

Untuk yg ketiga kalinya...
Aku menerima 1 lagi friend request di facebook...
Aku memang berfikiran terbuka bila berkenaan dgn menambah kenalan..
Tapi hakikatnya, aku masih diserang dengan kata2 yang mungkin fitnah buat seseorang..

Ini kali ke3..
"Typo" diburukkan sebegitu rupa..
Some says, dia players, some says die penipu, some says die tak berguna, some says dia mata keranjang dan gatal, some says dia suka songlap duit orang, some says, dia suka mempermainkan perasaan org lain..

Aku tak tahu siapa gerangan, tapi mcm fake id.. Aku hanya mampu pekak kan telinga, diamkan kata.. Dua orang telah ku block, tapi sepertinya mereka cuba utk menjatuhkan si typo ataupon dengki ataupon cemburu... Aku tidak berani membalas segala bidaan..

Aku hanya mampu terdiam, tapi jauh dr dlm hati, aku tetap percaya dia.. Aku yakin dia bukan macamtu.. Moga dia sentiasa dilindungi.. Whatever happen, dia org yang buat aku gembira.. Selagi bole pekak kan telinga dr mulut orang..

Persoalannya, patut ke aku beritahu typo?

Wednesday, March 18, 2015

Nafsu

Kesempatan di dalam kesenangan?
Kita tidak tahu.. Ya kita tidak akan pernah tahu..
Pernah tak kita memberi, atau hanya kita sekadar menerima?
Pernah tak kita terfikir disebalik kesenangan orang, ade beribu kesusahan?
Pernah tak kita terfikir, berkat ke apa yg kita dapat sekarang dan berkat ke apa yang kita makan?
Manusia selalu mementingkan diri untuk kepuasan masing2 tanpa memikirkan isi hati orang lain.. Itulah lumrah.. Mungkin tidak semua, tapi itulah hakikatnya..
Ada manusia gemarkan kemewahan..
Ada manusia suka mengambil kesempatan..
Ada manusia berhati batu..
Ada manusia yang suka berbohong..
Ada manusia yang berhati gelap..
Untuk apa? Semua itu untuk kepuasan diri..
Ingatlah, tuhan sentiasa memandang, dan mendengar rintihan hambanya, mungkin kita dapat apa yang kita nak dengan menganiayai orang lain.. Sebab kita tak tahu redha orang yang dianiayai dia tersenyum lebar melayan kehendak dan cara kita walaupon dia perit dihati.. Kita tidak tahu...
Muhasabah diri kita, mengapa doa kita tidak pernah dimakbulkan dan mengapa tuhan tidak mengurniakan nikmat kepada kita, dan mengapa kita rasa tidak cukup serba serbi..?  Kerana kita mungkin menganiayai tanpa kita sedar, walaupon ianya hanya sekadar  berbentuk kemahuan, harta dan wang ringgit yang kecil.. Ingatlah sahabat, tuhan memerhati.. Jangan gelapkan hati dengan hasad dengki dan nafsu syaitan..

Friday, March 13, 2015

Hari Kelahiran

Hari kelahiran seseorang yg dekat...
Utk kedua kalinya aku akan beri ucapan..
Tahun yg ke 23 buat dia
Esok.. 14 MAC.. Sabtu....
Well, aku dengan dia berkongsi hari kejadian yang sama, serta tahun.. Cuma bulan dan hari yg berbeza...
This year hari kelahiran pun jatuh hari sabtu, sama dengan dia.. Last year jatuh hari jumaat, still sama dgn dia.. Cuma dia tengah bulan (14 MAC) dan aku awal bulan (1 OGOS)... Dia tua 5 bulan la dr aku.. Hehehe
But that's not the point... The point is, aku happy utk kali kedua akan beri ucapan, I know bit cliche', ucapan sama every year bila ade harijadi, yet kene ikhlas... Sebab ucapan tu satu doa..

Esok aku akan laksanakan nazar aku which aku dah berniat sebelum buat operation haritu... nak belanja makan je pun sbg tanda terima kasih, disebabkan dah nazar, so kene laksanakan.. kebetulan pula dan baru teringat esok juga hari jadi dia... Kira kena la hari tu.. Hopefully n sgt2 berharap die bole make it in time! Preparation dah buat sikit2 kt sini.. So tunggu je la.. Preparation la sgt.. Since aku belom bole drive nak ke sana laksanakan niat, jadi aku minta dia yg dtg sini..

Da 23, knl die masa umur 21.. Well, dia lah sahabat, kawan, yg teristimewa dlm hati.. Huishh.. How I wish kalau "Arwah" ada lagi, da ajak dia join... Arwah birthday (23 MAC 1988).. Sama bulan dgn #TYPO.. Kebetulan sgt kan... Haha

Bila fikir2 balik, mcm kelakar.. Hadiah? Lulz.. Aritu da bg in advance so xde lagi.. Plus mana boleh nak keluar cari hadiah, maklum lah aku tengah berpantang, masih lagi makan pati ikan haruan kot.. Sebab tu lah aritu bagi awal...

So happy birthday buat dia.. :) #Typo
Jumpa esok inshaAllah 😃

Monday, March 9, 2015

Merisik Khabar

Satu masa, aku cuba merisik...
Merisik khabar yang tak akan pernah aku dengari..
Hati gundah gelana memikirkan setiap titik..
Rindu setiap masa..
Aku cuma perlu sedar dan bangun dari mimpi yang aku cipta sendiri..
Dengan jalan cerita yang penuh pengharapan...
Tidak aku dengar khabar sehingga kini..
Saat aku letakkan dia dalam hati, die letakkan aku ditepi.. ALLAH, rindu yg tak tertanggung..
Mungkin tidak pernah dia hirau..
Aku tidak tahu berita..
Aku rindu...
Dan dgn itu, aku cuba merisik khabarnya...
Hanya dlm ingatan dan airmata..
REDHA..

Saturday, March 7, 2015

Operate (Varicocele)

Pengalaman di bedah sangat menakutkan..
At first sikap malu aku bole hilang...
Nurse perempuan sentuh dan lihat segalanya..
Well thats the real life in practice medicine..

5 minit sebelum dibedah, telah diberi ubat bius lumpuh separuh badan.. So akan di operate dalam keadaan sedar.. Masa bius tu kuat sikit azabnya, sebab betul2 dekat saraf tunjang bahagian belakang, sakitnya Allah je yang tahu..

1 minit setelah dibius, dari pinggang ke kaki memang dah tak rasa apa, cuma kebas dan terus tak rasa apa, doktor pon mulakan pembedahan.. Dapat juga lah intai2 dari refleksi lampu bedah tu.. Quite scary..

Since aku banyak cakap, sebab takut, nurse saran kan suruh aku tidur, tapi tak boleh tidur,  dia pon bagilah ubat tidur membuatkan aku khayal sekejap.. Terus aku mimpikan si typo tu, dan segala nasihat dan kata2 semangat aku sematkan sampai lah pembedahan siap selama lebih kurang 3 jam..

Sedar dari tidur, dah ada dalam wad biasa, nampak doktor tengah cek segala jahitan dan blood pressure, tinggi sikit sbb letih kot.., kaki masih tak rasa apa, terus capai telefon call si typo, and dia angkat, lega dapat dengar suara dia, terasa sebak dengan suara aku yang tak keluar sebab letih dan mamai, sebab aku fikirkan dia sebelom masuk bilik bedah, sampai lah aku abis bedah,.. Dia tengah holiday dengan family, jadi tak nak ckp lama2, cukup sekadar lega dapat dengar suara dia si typo.. Kalau dia ade kat sisi aku, im sure akan lebih bersemangat dan kuat

Then lepas satu jam, ayah dgn ibu sampai, diikuti dengan kawan kelas di sebelah malam dan saudara dekat.. Syukur selamat, tapi nak jawab pertanyaan satu persatu tu yg letih sikit, pukul 10 mlm baru boleh bangun since kesan ubat bius dah abis, tapi luka da mula berdenyut dan sakit..

Then tido semalaman di wad sumayyah, uzma teman, dia lah jaga makan minum aku, n layan kerenah aku sepanjang malam. So total bill berjumlah Rm7K++.. Insurance company tanggung..

Sunday, March 1, 2015

The Best Of Me

Tqvm
I am happy..
You just made my day..
Bole tengok rupa..
Wajah yang satu2 nya aku suka dari dulu hingga kini..
Sikit pon tak pernah lupa walaupon sesaat..

Dia sudah mula aku dirindui..
Perginya harap kembali lagi...
Aku dah jumpa dia yang dulu..
Pemberian yang telah aku simpan selama 1 tahun telah aku berikan.. Sebagai hadiah ulangtahun dia lagi 2 minggu.. (Birthday In Advance)

Awak...
Moga kita berjumpa lagi..
Cipta satu lagi memori..
#Typo
😳😳😳💏💞💜💙💙

Friday, February 27, 2015

Harapan

Merenung seraut wajah.. Di dalam sekeping gambar....
Dan sejenak...

Pada hari jatuhnya airmata...
Seperti tidak akan ada hari untuk tertawa..

Dan aku merenung seseorang yang aku berharapan...
Disitu ku temukan kehidupan...

Aku ikhlas untuk merindui...
Moga ada sinar untuk aku dan dia..
Ya.. Aku IKHLAS..

#CountingDays #Typo

Thursday, February 26, 2015

Hadiah Dari Hati

Dulu..
Aku masih ingat, dalam hujan...
Aku pernah berulang alik untuk mencari satu kedai perhiasan.. Dari bangi-->Kajang--> serdang... Hanya naik keretapi.. Kerna aku tidak punya kereta waktu itu. 
Untung memberikan yang terbaik dalam bulan mac...

Dulu..
Aku terjumpa kedai perhiasan... Di semenyih..
aku terima barang yang ditempah, tetapi semuanya terlambat.. Tak sempat aku memberi... Jadi aku simpan dalam laci

Malam ini, aku buka laci.. Aku terjumpa kembali... Barang yang ditempah untuk bulan Mac yang dulu... Sejenak berfikir.. Adakah "valid" lagi barang ni..  Atau expired?

Kita tunggu dan lihat...
Mungkin ini masanya..
Moga dipermudahkan segalanya..
#Hopeful

Tuesday, February 24, 2015

"Summer" in Malaysia

Musim panas yg melampau melanda Malaysia.. Fenomena matahari berada tepat pada garisan khatulistiwa..

SINCE last week ari selasa kami semua dah stop aktiviti kerja luar buat sementara waktu, disebabkan cuaca panas yg melampau, semua budak2 kerja site balik ofis.. aircond kat ofis pon dah tak sejuk..

Ayah pon da start demam, husna dah selesema, risau dengan anak buah kecik sorang tu pulak.. Demam denggi da start kat area taman perumahan aku. Hopefully tak kene catu air macam dulu.

Keadaan aku yang tak elok2 lagi ni menyumbang gak nak sakit, mudah mudahan semuanya ok.. Org jauh nun 90km (si typo) selalu kerja luar gak, selalu outdoor tasking.. Risau pon ade juga,.. Panas2 camni boleh buat sakit kepala, batuk, migrain, heat-strok, sesak nafas etc, moga dia baik2 sahaja..

This week on duty kat sana, nak drive pon tak lalu dgn keadaan camni.. Tp da tugas, kene jugak turun, hopefully dpt jumpa 'dia'... Ada byk benda nak cerita..

Guys out there, please take good care of urself, drink a lot of plain water at least 3 litres/day.. Kurangkan aktiviti luar.. N jaga kesihatan ye korang.. Moga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.. Amin

Saturday, February 14, 2015

Senyum

Its been ages since my very last smile..
Dah lama tak rasa nikmat senyum macamni..
Happy? Bahagia? Bole laaa
At least senyum..
Penat pujuk diri dengan macam benda yang jadi last year..
Jahit hati sendiri...
Perasaan? Rasa lagi kuat perasaan tu, bak kata org, ade hikmah disebalik yg jd..
Aku lelaki kot, which ada hati, xsemestinya lelaki xsedih..
Aku jumpa dia yg dulu, aku dpt rasa dia yg aku kenal dulu masih ada..
Rindu? Well, setiap hari.. Sampai mimpi,
Now, aku bersyukur "die" da ada balik....
Aku happy walaupon sikit.. Jadang tersengih bila chat,  Tapi lagi akan happy kalau............ Ok lupakan.. Ikut flow...
Kadang2 bertanya soalan tak logik, tp aku bole senyum.. Tak tahu lah macamna nak describe.. Haish, kalau lah aku tak bodoh percaya cakap member dulu, mesti xjadi mcmni...da setahun lebih kenal.. Simpan sendiri perasaan.. Xtau sampai bila..

Ikhlas?
Uish.. Jauh dlm sanubari ikhlas tu dtg.. Jauh dlm hati dari mula ikhlas...

Dia? Ohhhh, okey, die for sure sgt baik, sbnrnye, aku je nampak ape yang special.. So xbole ckp..like org puteh ckp, "beauty comes from the eyes of beholder", so biar aku je tahu apa yang special.. Harap sgt "1 hari itu" akan tiba.. Utk 1 berita baik

Gambar? Nope, xbole tunjuk..die wujud dlm hati dan memori yg dicipta balik, pic byk yg terdelete sbb format laptop..
Apa2 pon, permulaan 2015 baik, aku harap pengakhiran nye juga baik... Walaupon sakit dgn prob pembuluh darah ni, tp at least aku tahu dia ada.. "Hopeful"

Aku happy at last, terima kasih..!  happy again.. 😊😊😊😊😊😊

Sunday, February 8, 2015

Kenapa aku??
Apa salah aku??
Kita tak patut berjumpa pada mula..
Kalau lah aku tahu macamni, aku takkan tegur kau dulu

Sakit disebabkan luka tak sama dengan sakit disebabkan kehilangan..

😢😔

Sama

Selepas dia, semua tak kena,
Sorang2 yang dah dikenali menjauhkan diri..
Kenapa ya?
Mungkin aku bukan berduit,
Mungkin aku bukan rupawan,
Mungkin juga aku bukan smart...
Semua mahukan kesempurnaan, tak pa lah..
Aku tak tahu kenapa..

Sabar lah hati
Lepas ni aku janji aku akan diam..

Aku rindu arwah Ameen, dia je faham aku...
Puas dah menangis, tapi tu lah...

Berubah

Maaf sbb cakap rindu..
Tapi tu lah, kalau dah tak suka, semua benda salah bila cakap..
Nak cakap kene berhati2, jaga hati.. Semua dah tak macam dulu..
Dulu setiap masa bergurau, sekarang tidak lagi, benda kecil pon bile jd gaduh..
Maaf, aku cuma rindu.. Terlalu rindu...
Jangan ambil hati, saya akan cuba jaga hati awak, selagi saya boleh jaga,saya jaga, perkataan saya, tulisan saya, semua saya akan jaga... Tak mengapa, utk awk.. Saya tak nak awk terluka.. Nanti lama-lama saya akan pergi, jadi jangan risau ok..
Allah, jagakan dia untuk aku, sampaikan rindu aku.. Moga dia rasa..

Hati, kuatlah, tak semua orang suka kita, disebabkan tak suka tu lah boleh jadi benci...
Tapi, tak nak membenci, sebab permulaanya sangat baik, takkan pengakhiran yg tak baik..?

Takpa, jahit 'hati' sendiri, kurang modal, kalau nak suruh orang jahitkan, bayar mahal.. Sokay....


Thursday, February 5, 2015

I will always love you.. F..
Always, and ill never let go

Friday, January 30, 2015

2015

2015 satu permulaan yang baik buat aku ( I Guess)
Thanks to F sbb buat hidup aku happy balik like before, walaupon bukan seperti yang aku harapkan..
Confess? Yup da buat, tapi outcomes yg tak berapa nak bagus, aku tidak diterima lor.. Berani betul aku mengaku.

Sebab aku mengaku
1) Aku tak nak hilang die lagi selepas byk benda jadi
2) Aku cuba nak rapat dengan die lagi
3) Aku susah nak lupakan dia sebab die yang teristimewa
4) Aku nak share segala benda dengan die sbb aku dah takda sapa2 yang boleh dipercayai selain die
5) Aku terlalu sayang die

Aku beranikan diri mengaku sebab aku dah 2x hilang die, this time aku tak nak hilang die lagi, cuba setia sebab die seorang yang sangat baik. Tak pernah lupa permulaan dulu, sampai lah sekarang, aku tak kisah sebab aku xkan pernah berhenti sayang kat die. Aku cuma ada die yang faham aku. Dan sentiasa berharap die akan balik kat aku

-ZiqRahim-