Intro


Saturday, February 14, 2015

Senyum

Its been ages since my very last smile..
Dah lama tak rasa nikmat senyum macamni..
Happy? Bahagia? Bole laaa
At least senyum..
Penat pujuk diri dengan macam benda yang jadi last year..
Jahit hati sendiri...
Perasaan? Rasa lagi kuat perasaan tu, bak kata org, ade hikmah disebalik yg jd..
Aku lelaki kot, which ada hati, xsemestinya lelaki xsedih..
Aku jumpa dia yg dulu, aku dpt rasa dia yg aku kenal dulu masih ada..
Rindu? Well, setiap hari.. Sampai mimpi,
Now, aku bersyukur "die" da ada balik....
Aku happy walaupon sikit.. Jadang tersengih bila chat,  Tapi lagi akan happy kalau............ Ok lupakan.. Ikut flow...
Kadang2 bertanya soalan tak logik, tp aku bole senyum.. Tak tahu lah macamna nak describe.. Haish, kalau lah aku tak bodoh percaya cakap member dulu, mesti xjadi mcmni...da setahun lebih kenal.. Simpan sendiri perasaan.. Xtau sampai bila..

Ikhlas?
Uish.. Jauh dlm sanubari ikhlas tu dtg.. Jauh dlm hati dari mula ikhlas...

Dia? Ohhhh, okey, die for sure sgt baik, sbnrnye, aku je nampak ape yang special.. So xbole ckp..like org puteh ckp, "beauty comes from the eyes of beholder", so biar aku je tahu apa yang special.. Harap sgt "1 hari itu" akan tiba.. Utk 1 berita baik

Gambar? Nope, xbole tunjuk..die wujud dlm hati dan memori yg dicipta balik, pic byk yg terdelete sbb format laptop..
Apa2 pon, permulaan 2015 baik, aku harap pengakhiran nye juga baik... Walaupon sakit dgn prob pembuluh darah ni, tp at least aku tahu dia ada.. "Hopeful"

Aku happy at last, terima kasih..!  happy again.. 😊😊😊😊😊😊

Sunday, February 8, 2015

Kenapa aku??
Apa salah aku??
Kita tak patut berjumpa pada mula..
Kalau lah aku tahu macamni, aku takkan tegur kau dulu

Sakit disebabkan luka tak sama dengan sakit disebabkan kehilangan..

😢😔

Sama

Selepas dia, semua tak kena,
Sorang2 yang dah dikenali menjauhkan diri..
Kenapa ya?
Mungkin aku bukan berduit,
Mungkin aku bukan rupawan,
Mungkin juga aku bukan smart...
Semua mahukan kesempurnaan, tak pa lah..
Aku tak tahu kenapa..

Sabar lah hati
Lepas ni aku janji aku akan diam..

Aku rindu arwah Ameen, dia je faham aku...
Puas dah menangis, tapi tu lah...

Berubah

Maaf sbb cakap rindu..
Tapi tu lah, kalau dah tak suka, semua benda salah bila cakap..
Nak cakap kene berhati2, jaga hati.. Semua dah tak macam dulu..
Dulu setiap masa bergurau, sekarang tidak lagi, benda kecil pon bile jd gaduh..
Maaf, aku cuma rindu.. Terlalu rindu...
Jangan ambil hati, saya akan cuba jaga hati awak, selagi saya boleh jaga,saya jaga, perkataan saya, tulisan saya, semua saya akan jaga... Tak mengapa, utk awk.. Saya tak nak awk terluka.. Nanti lama-lama saya akan pergi, jadi jangan risau ok..
Allah, jagakan dia untuk aku, sampaikan rindu aku.. Moga dia rasa..

Hati, kuatlah, tak semua orang suka kita, disebabkan tak suka tu lah boleh jadi benci...
Tapi, tak nak membenci, sebab permulaanya sangat baik, takkan pengakhiran yg tak baik..?

Takpa, jahit 'hati' sendiri, kurang modal, kalau nak suruh orang jahitkan, bayar mahal.. Sokay....


Thursday, February 5, 2015

I will always love you.. F..
Always, and ill never let go

Friday, January 30, 2015

2015

2015 satu permulaan yang baik buat aku ( I Guess)
Thanks to F sbb buat hidup aku happy balik like before, walaupon bukan seperti yang aku harapkan..
Confess? Yup da buat, tapi outcomes yg tak berapa nak bagus, aku tidak diterima lor.. Berani betul aku mengaku.

Sebab aku mengaku
1) Aku tak nak hilang die lagi selepas byk benda jadi
2) Aku cuba nak rapat dengan die lagi
3) Aku susah nak lupakan dia sebab die yang teristimewa
4) Aku nak share segala benda dengan die sbb aku dah takda sapa2 yang boleh dipercayai selain die
5) Aku terlalu sayang die

Aku beranikan diri mengaku sebab aku dah 2x hilang die, this time aku tak nak hilang die lagi, cuba setia sebab die seorang yang sangat baik. Tak pernah lupa permulaan dulu, sampai lah sekarang, aku tak kisah sebab aku xkan pernah berhenti sayang kat die. Aku cuma ada die yang faham aku. Dan sentiasa berharap die akan balik kat aku

-ZiqRahim-

Tuesday, June 3, 2014

7 BULAN

Hati..
Permulaan 2014 yang tak berapa nak baik, terlalu banyak air mata yang menitik..
telah ku buka hatiku masuk ke alam yang baru, setelah berbulan2 meratap kehilangan 2 orang yang dikasihi..
Kepada Amin, tenanglah kau di alam sana, ku titipkan Al-fatihah dan doa untuk kau sahabat.. ku hilang seorang sahabat yang betul2 faham hati ni hati yang sentiasa merajuk dek kerana mainan dunia yang sangat menyakitkan hati.. tapi... dia hadir dalam hidupku hanya sementara, tuhan lebih menyanyangi dia.

Hati ku makin rapuh setelah kehilangan sahabat curhatku, dan semakin rapuh bila ditipu dan perasaanku dimainkan seperti seorang yang tidak bermaruah oleh seorang perempuan yang tidak tahu memahami erti kesetiaan... harta dan pangkat lebih diutamakan demi ingin menjamin masa hadapanmu, Ya, aku mengerti..itu masa hadapanmu, harus cerah utk meniti hari2 yang berliku, tetapi bagaimana dengan perasaanku??

Hati yang semakin hari semakin keras untuk menerima, semakin mudah membenci...dek kerana kehilangan dan pengkhianatan...

Setelah ku sedar, dugaan demi dugaan, tanggal 17 Nov 2013, ku dipertemukan dengan seorang insan yang sangat baik hatinya, ku berkenalan dan berkenalan.. hati merasa sesuatu, sesuatu yang sangat selesa seperti bersama arwah sahabatku,..dan.. ianya semakin selesa dan selesa, .. sedar tak sedar, hatiku kian pulih, pulih dan pulih. dipertemukan dgn sesorang seperti dia. Di hari itu, ku tidak sangka dia mungkin orangnya..

Hatiku semakin kuat mengatakan dia orangnya,, pertemuan yang hanya 3 jam dirumahku sewaktu majlis kakakku sedang berlangsung amat memberi erti, ku masih ingat...

Dan hatiku berbisik sendiri, ya, dia mungkin orangnya, ku memberanikan diri utk semakin mengenali..sehingga ke pertemuan ke2 di sebuah pusat peranginan di Melaka bersama keluargaku. tanggal 28 Disember 2013, ku masih igt kata2nya, semuanya seperti baru, kata2nya masih tergiang2 di fikiranku.. dan itulah kenangan yang ada bersamanya.. sifatnya menghormati yang tua, peramah, baik hati dan caring itu membuatku cair...

tanpa ku menyangka, itu juga hanya sementara, hanya satu pertanyaan, berubah segalanya.. mungkin salahku juga.. dan hatiku semakin celaru. kerna ku tahu, ianya akan terjadi lagi.. dan ya akhirnya ianya berlaku..

Ku meratap sakit bagaikan orang gila yang meminta2, meratapi sebuah kehilangan utk kali yang ke3, meratapi kehilangan seorang insan yang semakin jauh dari hidupku.. sakit.. Allah...

tiada lagi kata2 manis darinya, tiada lagi salam darinya, tiada lagi ucapan2 selamat darinya... ku hanya berdiamkan diri sehingga hatiku sendiri sudah tiada eloknya. dan aku masih berharap dia seperti dulu, seperti yang ku kenal dahulu, masih lagi berharap agar ku dapat meneruskan kehidupan dengan gembira kerana masaku semakin suntuk.. ku rindu dia bagaikan ku merindui arwah.. 7 bulan sudah berlalu, 4 bulan ku meratap sehingga kini, airmata ku jatuhkan setiap malam kerna membayangkan semua yang manis2 dahulu, aku hanya mampu menangis sendiri, menangis dalam hati sehingga ku tidak mampu untuk senyum kembali..

Hati ku sakit, hati ku pedih, melihat dia sedang bergembira, seolah2 dia tidak pernah mengenaliku.. hatiku sakit, sakit.......

ku sayang dia, ku rindu dia, ku sentiasa mengharap keadaan seperti dulu boleh terjadi,... aku masih berharap... sehingga ku tidak menghiraukan kesihatan ku sendiri, kalau dahulu, airmata yang tumpah, tetapi sekarang airmata bersama darah..adakah dia ada bersamaku pabila ku menanti saat2 terakhirku?

Di mana dia?, tidak ku tahu, hanya namanya dalam doaku, saat ku terlantar menahan kesakitan, ku tidak pernah berhenti berharap..

Perginya tanpa pesan, hanya meninggalkan kenangan. gambarnya ku tatap, hadiahnya ku bawa kemana sahaja kerana kenangan bersamanya itu ada.. ingin kulepaskan, tetapi jauh dalam sudut hati, aku tidak mampu dan yakin ada peluang baru menanti.. ya sehingga kini..

Airmata ku tidak pernah kering sehingga kini, dan aku masih menyayangi dirinya. #F

P/S
Kepada awak, saya masih menanti, saya masih menyayangi.. ill never let go.. saya tak pernah letih walaupon hati saya sakit..pulangkan awak yang dulu ..



#F