Intro


Thursday, February 5, 2015

I will always love you.. F..
Always, and ill never let go

Friday, January 30, 2015

2015

2015 satu permulaan yang baik buat aku ( I Guess)
Thanks to F sbb buat hidup aku happy balik like before, walaupon bukan seperti yang aku harapkan..
Confess? Yup da buat, tapi outcomes yg tak berapa nak bagus, aku tidak diterima lor.. Berani betul aku mengaku.

Sebab aku mengaku
1) Aku tak nak hilang die lagi selepas byk benda jadi
2) Aku cuba nak rapat dengan die lagi
3) Aku susah nak lupakan dia sebab die yang teristimewa
4) Aku nak share segala benda dengan die sbb aku dah takda sapa2 yang boleh dipercayai selain die
5) Aku terlalu sayang die

Aku beranikan diri mengaku sebab aku dah 2x hilang die, this time aku tak nak hilang die lagi, cuba setia sebab die seorang yang sangat baik. Tak pernah lupa permulaan dulu, sampai lah sekarang, aku tak kisah sebab aku xkan pernah berhenti sayang kat die. Aku cuma ada die yang faham aku. Dan sentiasa berharap die akan balik kat aku

-ZiqRahim-

Tuesday, June 3, 2014

7 BULAN

Hati..
Permulaan 2014 yang tak berapa nak baik, terlalu banyak air mata yang menitik..
telah ku buka hatiku masuk ke alam yang baru, setelah berbulan2 meratap kehilangan 2 orang yang dikasihi..
Kepada Amin, tenanglah kau di alam sana, ku titipkan Al-fatihah dan doa untuk kau sahabat.. ku hilang seorang sahabat yang betul2 faham hati ni hati yang sentiasa merajuk dek kerana mainan dunia yang sangat menyakitkan hati.. tapi... dia hadir dalam hidupku hanya sementara, tuhan lebih menyanyangi dia.

Hati ku makin rapuh setelah kehilangan sahabat curhatku, dan semakin rapuh bila ditipu dan perasaanku dimainkan seperti seorang yang tidak bermaruah oleh seorang perempuan yang tidak tahu memahami erti kesetiaan... harta dan pangkat lebih diutamakan demi ingin menjamin masa hadapanmu, Ya, aku mengerti..itu masa hadapanmu, harus cerah utk meniti hari2 yang berliku, tetapi bagaimana dengan perasaanku??

Hati yang semakin hari semakin keras untuk menerima, semakin mudah membenci...dek kerana kehilangan dan pengkhianatan...

Setelah ku sedar, dugaan demi dugaan, tanggal 17 Nov 2013, ku dipertemukan dengan seorang insan yang sangat baik hatinya, ku berkenalan dan berkenalan.. hati merasa sesuatu, sesuatu yang sangat selesa seperti bersama arwah sahabatku,..dan.. ianya semakin selesa dan selesa, .. sedar tak sedar, hatiku kian pulih, pulih dan pulih. dipertemukan dgn sesorang seperti dia. Di hari itu, ku tidak sangka dia mungkin orangnya..

Hatiku semakin kuat mengatakan dia orangnya,, pertemuan yang hanya 3 jam dirumahku sewaktu majlis kakakku sedang berlangsung amat memberi erti, ku masih ingat...

Dan hatiku berbisik sendiri, ya, dia mungkin orangnya, ku memberanikan diri utk semakin mengenali..sehingga ke pertemuan ke2 di sebuah pusat peranginan di Melaka bersama keluargaku. tanggal 28 Disember 2013, ku masih igt kata2nya, semuanya seperti baru, kata2nya masih tergiang2 di fikiranku.. dan itulah kenangan yang ada bersamanya.. sifatnya menghormati yang tua, peramah, baik hati dan caring itu membuatku cair...

tanpa ku menyangka, itu juga hanya sementara, hanya satu pertanyaan, berubah segalanya.. mungkin salahku juga.. dan hatiku semakin celaru. kerna ku tahu, ianya akan terjadi lagi.. dan ya akhirnya ianya berlaku..

Ku meratap sakit bagaikan orang gila yang meminta2, meratapi sebuah kehilangan utk kali yang ke3, meratapi kehilangan seorang insan yang semakin jauh dari hidupku.. sakit.. Allah...

tiada lagi kata2 manis darinya, tiada lagi salam darinya, tiada lagi ucapan2 selamat darinya... ku hanya berdiamkan diri sehingga hatiku sendiri sudah tiada eloknya. dan aku masih berharap dia seperti dulu, seperti yang ku kenal dahulu, masih lagi berharap agar ku dapat meneruskan kehidupan dengan gembira kerana masaku semakin suntuk.. ku rindu dia bagaikan ku merindui arwah.. 7 bulan sudah berlalu, 4 bulan ku meratap sehingga kini, airmata ku jatuhkan setiap malam kerna membayangkan semua yang manis2 dahulu, aku hanya mampu menangis sendiri, menangis dalam hati sehingga ku tidak mampu untuk senyum kembali..

Hati ku sakit, hati ku pedih, melihat dia sedang bergembira, seolah2 dia tidak pernah mengenaliku.. hatiku sakit, sakit.......

ku sayang dia, ku rindu dia, ku sentiasa mengharap keadaan seperti dulu boleh terjadi,... aku masih berharap... sehingga ku tidak menghiraukan kesihatan ku sendiri, kalau dahulu, airmata yang tumpah, tetapi sekarang airmata bersama darah..adakah dia ada bersamaku pabila ku menanti saat2 terakhirku?

Di mana dia?, tidak ku tahu, hanya namanya dalam doaku, saat ku terlantar menahan kesakitan, ku tidak pernah berhenti berharap..

Perginya tanpa pesan, hanya meninggalkan kenangan. gambarnya ku tatap, hadiahnya ku bawa kemana sahaja kerana kenangan bersamanya itu ada.. ingin kulepaskan, tetapi jauh dalam sudut hati, aku tidak mampu dan yakin ada peluang baru menanti.. ya sehingga kini..

Airmata ku tidak pernah kering sehingga kini, dan aku masih menyayangi dirinya. #F

P/S
Kepada awak, saya masih menanti, saya masih menyayangi.. ill never let go.. saya tak pernah letih walaupon hati saya sakit..pulangkan awak yang dulu ..



#F

Monday, November 25, 2013

Penyakit tu datang lagi

Penyakit ape? hehehe..

sebenarnye penyakit angau, sumpah aq xsuka sangat penyakit ni kalau datang serang aku, mcm haram je hari2 yang akan aku lalui, nak sembuh susah, sometimes memakan masa sehingga berbulan2.

Ye aq suke kat seseorang yang jauh nun di Melaka tu, tapi... tu la, taktahu nak cakap mcmne..

Aku tak pasti samada die berperasaan sama ngn aku ataupon tak, kalau chatting, die layan je, gurau2 mesra... hish... sumpah tak suke benda ni jadi..

Friday, June 7, 2013

++ KLIA ++

Hey blogger... huhu..

7 May already.. its time for me go back to reality.. 13 days left be4 registration day..

Cuti sem ni, banyak benda dah aq buat, tp tetap hidup aq bosan.. hahaha. oh ye, nak story satu benda, 29 Mei till 2 jun aritu, aku dan 2 org kawan lagi tolong member kitorang buat rsearch. (TRAVEL HEALTH SURVEY 2013).

Dari kiri, bakal doctor (Asyraf), bakal Engineer (me), bakal jd HR manager (Hazmi), and the girl is Businesswomen to be (Syafa)


Venue: KLIA boarding gate
Date: 29 May - 2 June

Asyraf -Research owner (From National University of Ireland, NUI Galway)
Syafa- Aka celop, kelakar, sporting , selalu argue ngn org KLIA, minah ni sgt berani. TERBAIK!!
Hazmi - Blur2 mcm aku, driver n soft spoken sgt2..hahaha..lawak pon ade.
Haziq- Aku lah, hehe.. blur gak,

This research needs 300 respondent (minimum)

Well guess what, dapat sikit je of course, just because for some reason. hahah

1) Arrogant Malaysian

 Bukan nak cakap apelah, but this is fact.. i know, it takes time to answer the questionnaires, but it just only 5++ minutes je kot, so xpyh lah nak kerek sangat, yup survey ni untuk orang malaysia je (tak semua), tu lah masalahnye, kalau ngn foreigner ok jugak, cz dorg sume baik2 n peramah. Orang luar negara sume cakap orang malaysia ni baik2 belaka, peramah, but the fact is, Malaysian peramah ngn foreigner je, tp kalau dgn sesama kaum sendiri jangan harap. org yang berpangkat n berpendidikan tinggi pon tak macam tu, org yang ada Phd, master layan kitorg baik sgt, n bagi kerjasama padahal dorg bz nak fly overseas myb europe sgt2 down to earth k, dorg ok je, tp ada juga insan yang nak pergi thailand je pon, tp nak kerek habis, cikgu je pon. fuck!

2) Arrogant KLIA'ian

workers kat klia pon sama je, like seriously, yg berlagaknye org bawah2, even pencuci enjin je kot nak berlagak lebih, mementang kerja under KLIA (tempat comercial) seriously layanan yang kami terima macam sampah. Pilot ok je, ade jugak lah senyum2 bila berselisih, tp yang jaga kaunter sebelum boarding tu, berlagak mcm vavi.. ohh hello! xpyh kot nak kekwat mcmtu.


Arrogant people think that they are always right, they think that they know the best answers to all life probs and they think that they are better than most of the ordinary people. hmm aku bukan ape, bukan aku xsuka malaysia, tapi aq xsuke dgn PENDUDUK malaysia yang xabis2 nak berlagak (tak semua).. sedih kot tengok bangsa kita mcmni. No wonder lah ramai student malaysia yang study overseas xnk balik malaysia, salah satu faktor nye benda ni lah.. n member aq pon sibuk nak migrate. so, nilah sikit2 cerita pasal survey kitorg, best bila dpt hangout je.

p/s ape2 pon, kitorg bersyukur sgt ade yang baik2, n sudi take part dlm survey ni..and big thanx juga kat ASYRAF selaku big boss yg sudi ajak aku join survey ni, thx jugak kat hazmi n amirah aka celop sbb korg menyerikan hidup aku yang sedang kebosanan . im having so much fun with them, n miss them already :)
oh yah, here some pics of us
















hehe, awesome kan kami.. :)


OK lah ..assalamualaikum, xjwb dosa kalau jwb sayang (maria elena)






Tuesday, June 4, 2013

++ GOOD THINGS ++

OK, entry kali ni, nak share benda yang best dlm bulan mei..

first = result exam..
woowooo, ok, result exam tok kali ni turun 0.02 dr yg sebelom ni, tp alhamdulillah, aq tetap dpt kekalkan kedudukan aq dlm kelas, dan berharap sgt dpt kekalkan sampai semester akhir. Tak dinafikan, sem 5 punya final exam agak susah nak dibandingkan dengan sebelum2 ni, tp kalau 0.02 bezanya means ok lah..huhu.. alhamdulillah, syukur sgt2. well tahniah gak kat member kelas merangkap bestie aq #tini, masih mengekalkan  top student student dlm kelas, well aq ke '4 kot'..haha ok lah tu,.. not bad, B- tu yg tk bole blah..hahaha tp takpe, HPNM/CGPA still ABOVE 3.35





p/s : tips USAHA YG BERSUNGGUH----->DOA------>TAWAKAL :)

second = Kamsis
yeeayyyy!!! aq berjaya ditempatkan dalam asrama bersama bestie aq #naim.. like seriously igt mmg tak dapat, but syukur.. result asrama yg aku tunggu sgt2 .. xmcm result exam..haha..ape2 pon.. syukur!!! bkn ape, duduk asrama lagi berdisiplin, its just that, aq da tak duduk kat rumah sewa wak saion (refer previous entry). kalau housemate aq kekal kat umah wak saion, myb aq still outsider..

2 tu je yang buat aq happy. ok guys, assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab syg!! xoxo

Tuesday, May 28, 2013

++ Wak Saion ++

WAK SAION? siapakah?? hahaha.
he's our landlord

Yup, 1 semester menyewa kat rumah wak saion bersama #REZZA #TAQIM #CAPIK #HAZZIQ #ACU #AYIE.

Banyak sgt kenangan rumah tu, dari first kami masuk, sampai lah kami keluar. First masuk mmg lah macam tak suka..ye lah tak boleh adapt ngn keadaan kat rumah tu, rumah kampung kan.. so phm2 je lah, toilet pon kat luar. tepi, kiri dan kanan, depan dan belakang sume hutan, oo mai..like seriously. :(

Tapi lama2 jadi semakin rapat dengan satu keluarga wak saion, mcm wak tu atuk betul kami..

Malangnye, jodoh kami dengan wak saion hanya untuk satu semester je, masa nak inform dengan wak saion tu yg kita org ank keuar rumah, mmg sebak lah.. wak pon macam berat hati nak kami tinggalkan rumah tu, honestly aq cdpt nak gambarkan perasaan aku masa tu. aq mmg da anggap wak tu mcm atok aku sendiri, tapi tak tahu lah dengan housemate aq yang lain mcmne perasaan dorg.. tapi tengok dorg cool je.. aku je yg emo lebih.

Last day, masa tunggu ayah aku sampai untuk jemput sbb da cuti sem n da abis exam, tgh2 kemas barang, daaaa, jatuh lah beberapa titik airmata aq. mmg berat sgt hati time tu.. since sume kawan aku decide rumah lain, aq pon decide nak duduk asrama sem depan (last sem). so ini lah serba sedikit cerita aq kat rumah sewa tu, ape2 pon, aku mmg takkan lupa kenangan aq sepanjang berada dalam rumah WAK SAION! :)

Ni aku share sikit pic yang ade masa kami kat rumah wak tu. pic yang aq amik waktu kenduri kawin cucu wak tu








wak saion yang bebaju pink :)